Tips Untuk Blogger Dapatkan Duit Dengan Mudah


Dah susah sangat ni hah tips untuk blogger yang kemaruk sangat nak kan duit..

http://usahawanblog.com/videokhas.html

 *****jangan cakap kita orang tak tolong!!!
Posted in Uncategorized | Leave a comment

Paparazzi Malaysia


Semalam our local Blogger Uncle Audie61 mmg buat kecoh sikit dengan artikel dia mengenai Blogger.

http://audie61.wordpress.com/2011/06/12/umnobn-bloggers-not-up-to-scratch/

 

 

Namun rasa terpanggil lak untuk rungkaikan balik semua kontrovesi nie.  Sebelum PRN Sarawak blogger2 dah sibuk mencari tapak untuk mencari mangsa. Dari kedai kopi, shopping complex, Putrajaya, dan ada gak dengar sampai putus saudara.  Hampir bercerai dan dah bercerai pun ada bila bercakap pasal blogger or blogging nie

Tetapi apa yang blogger Audie61 bongkar mmg betul.   Dan apa yang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi cakap pada pemberita tu amat TEPAT sekali.  Blogger sekarng mmg tidak langsung tidak ada 1001% ciri ciri kualiti BLOGGER.   Jika dilihat skrang blog blog politik dari pembangkang mahupun kerajaan semua hanya JOURNALIST sahaja or dalam kata lain Paparazzi.  Duduk depan komputer, menulis psl politician, update gambar, edit gambar….AKU LAH BLOGGER!!!!Pastu ugut sana ugut sini, peras duit, terus cakap AKU TERROR. 

Topik yang ditulis, langsung tarak mengena psl isu semasa.  Apa bezanya cerita dari Paparazzi dengan Blogger di Malaysia sekarang.   Beza nya NIL, Kosong , Ilek, Nadai.  Semua isu yang dikupaskan takde kualiti, isi cerita, informasi. Pundik,Punai,Seks, tu banyak.  Isu blogger bergaduh sesama sendiri sekarang seperti PAS,PKR, UMNO, PBB, PRS itu isu blogger murahan yang KEHAUSAN BAYARAN, tak dapat bayaran atau tak cukup mula menyalak, serta ingin berebut POWER.  Terfikir juga adakah diri sendiri nak buka Pekung atau nak MENGAIBKAN ‘family’ sendiri.  

Rasanya kalau THE REAL BLOGGER dapat tahu pasal nie confirm gelak guling guling.  To become real blogger , you must have SOUL. Tu salah satu senior blogger cakap. Tetapi kebanyakkan BLOGGER PLOTIC sekrang martabat kureng, otak kosong. Sperti skrip dalam cerita Mortal Combat….YOUR SOUL IS MINE kih kih kih..Tapi jgn nak rendahkan MARTABAT @ MARUAH  Blogger.  Fahami erti sebenar menulis blog. Adik adik kecik, laptop, Ipad, Playbook, blackberry,iphone, Samsung Galaxy semua leh beli, mane2 leh online guna wifi.  Tapi sekadar nak tulis blog sebab nak ampu, jack sana jack sini, kalau asyik check ranking berapa, berapa blog boleh jual, berapa banyak readers visit your blog, komen siapa best, check ip address, spin sana spin sini baik u buat ebook mcmane nak jana pendapatan.  bantu belia belia yang memerlukan. tapi jangan memalukan diri sendiri.  Alahai ….nak tulis lebih pun malas dah. Rasa malu pun ada.  Tapi bak kata member , orang tak kutuk kalau kita tak bagus kan? 

 

 

 

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Replacement Killer


Kebelakangan ini jarang kita mendengar cerita mengenai our famous Raja Petra Kamarudin . Penulisannys seperti sudah kehilangan sentuhan berbisa dan juga seperti taringnya sudah menjadi semakin pendek. Twitter nya pula tidak twet twet seperti dahulu. Beliau lebih kepada overseas punya cerita. Mungkin itu yang diikut oleh salah seorang blogger tempatan. Well u know me, rite mate.

Kali ini kita akan berbicara pasal seorang lagi Raja yang dikatakan akan menggantika RPK. Bukan Rajah Brooke , bukan Raja Bersiong dan buka Raja Lawak.  Tapi ‘Raja’ Lester Melanyi. Kenapa pula dia dinobatkan ‘Raja’?  Dlm PRN Sarawak 2 bulan lepas, ada satu halaman blog yang tidak diketahui asal usulnya dan berpihak kepada siapa ada membongkar mengenai ‘Raja’ Lester Melanyi kita.  Dlm blog tersebut ada memberitahu yang ‘Raja’ Lester Melanyi sekarang menjadi pelarian dan pergi menetap di kawasan jajahan Queen Elizsabeth.  Nama beliau disebut sebagai Back Bone (Bukan Black Bone) kepada portal terkenal iaitu Sarawak Report dan juga stesen radio pembangkang Radio Free Sarawak. Cakap pasal duit, well well ‘Raja’ Lester Melanyi kita dibayar amat mewah.

http://sebanaku2u.blogspot.com/2011/02/penulis-radio-free-sarawak-dapat.html

http://sebanaku2u.blogspot.com/2011/03/mengapa-lester-dan-apai-yang-dipilih.html

Baru 2 ini sewaktu NGABANG sempena Gawai, kami semua diperkenalkan oleh Tuan Rumah kepada kenalan baru yang dikatakan amat terkenal.  Tak lain dan tak bukan ‘Raja’ Lester Melanyi kita.  Di mana?  England? New Zealand? Miami? Nop. Tabuan,Kuching, Sarawak,Malaysia. Yup. ‘Raja’ Lester Melanyi kita berada di Kuching celebrating GAWAI DAYAK with fren and family.  Well, aiseyman, talk about this BOY GEORGE kena ada slang slang skit.  Macamana boleh jadu fugitive kalau berani balik ke Kuching?  rangnya biasa, takde bodyguard, takde bawa pistok, Mercun Pop Pop pun tak bawa.  Rendah diri and also friendly….Maybe only to all the girls in the house. Ha Ha Ha Ha. Definitely ‘Raja’ Lester Melanyi kita seorang yang mudah untuk ketawa dan juga senyum. Maybe only to all the girls in the house.

Mercun Pop Pop

“Everything is still the same. It’s still me, normal me. My name still is Leslie Melanyi. Except I am no more Malaysia citizen.  And no Raja of course. SIR maybe.” Itu yang dijawab apabila salah seorang blogger bertanya mengenai his new life di NZ.  So secara rasminya setiap pagi ‘Raja’ Lester Melanyi menyanyi London Bride Is Falling Down and WELL PROTECTED. Well Protected???? Yalah. Dah pegang status warganegara crown.  Nampak gaya tak boleh lagi nak diugut dengan gre**** or C* . Opss terlebih sudah. He is now officially a British Citizen with a Crown on his passport.

Bila ditanya lebih, ‘Raja’ Lester Melanyi memberi isyarat agar km berhenti setakat itu sahaja. “Well boys, I just want to have a great time and enjoy, JU NYIRUP KITA.  CHEERS!!!”  nampak gaya terhenti setakat itu sahaja cerita dari beliau.  So petang tu kitaorang mmg enjoy habis, makan, minum (Me? Minum Sprite lah) nyanyi, cuci mata, cuci muka. Ha ha ha.  Salah seorang teman juga amat gembiar kerna dapat berjumpa dengan ‘Kawan kawan’ lama. Hoi!!!!! Lu sulah kawin la. Bagi chance sama olang lain maa!

Berbalik pula kepada ‘Raja’ Lester Melanyi. Kita punya ‘Budak Kulang Hajar’ , Khairy Jamaludin, risau pasal ‘Raja’ Lester Melanyi. Kenapa? Mungkin ‘Raja’ Lester Melanyi ada cerita menarik kot pasal Khairy Jamaludin.

 

Rasanya belum terlambat lagi untuk mengucapkan Happy Gawai to our lovely ‘Raja’ Lester Melanyi.  Hope to see you again for XmaS. Ho Ho Ho.

 

*****SARAWAK KINI kot? Ataupun memang betul. Ho Ho Ho

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , | Leave a comment

Bookie Pru13?


Kehangatan PRN Sarawak masih lagi terasa walaupun siapa menang siapa kalah telah diketahui. Sekarang timbul pula isu isu yang agak merepek dan childish. Iaitu siapa kuat, siapa berpengaruh, siapa berkuasa, siapa banyak duit, siapa bodoh dan siapa yang tertipu. PBB,PRS,SPDP,SUPP, PKR,SNAP,DAP,PAS semuanya ada. Sekarang KUALITI POLITIK langsung Tarak!  Boleh dikatakan 70% dari 100% langsung Low Quality. Tak semua so siapa yang bnyk komen nanti dia lah yang terasa.

Rakyat hanya mampu duduk menonton telatah YB dan juga wakil rakyat bagaikan budak budak tadika dan juga taska yang diberi Blackberry ataupun Ipad.  Manakala pengikut pengikut YB dan juga wakil rakyat bagaikan seperti menyokong dan mengiyakan walaupun tidak bersetuju. Dengan alasan ….Yalah dia tu siapa, kita ni siapa? Yelah tu…yang dapat wang nya, yang dapat projeknya AWAK…mana tak berkata begitu.

Yang menjadi mangsa pula adalah rakyat yang mengundi. Sekrang semua hanya seperti wayang dan juga filem. Semua ada pengarah dan juga penerbit dan tidak lupa juga ada yang tukang sponsor, pembiaya. Dahulu setiap keputusan pilihanraya berdebar debar menanti keputusannya. Sekarang hmm…dah boleh agak dah siapa yang menang, siapa yang kalah. Mungkin Pru13 nanti akan ada Bookie?

Kita boleh lihat siapa YB mahupun wakil rakyat yang benar2 Berjiwa Rakyat!! tak kira dari parti PBB,PRS,SPDP,SUPP, PKR,SNAP,DAP,PAS. tapi janganlah menilai dari foto foto facebook je. So kepada yang bermain Politik Wang tu sudah sudahlah. kantoi dah tu. Namun kepada yang bekas bekas YB dan juga Wakil Rakyat ada juga yang masih belum insaf. Ada yang masih lagi bermain politik wang even di saat saat akhir…contohnya…. Dan ada juga yang telah dan SEDANG melabur dan melobi bagi memastikan mendapat UNDI dan juga TEMPAT sewaktu PRU13.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Jabu Layak Untuk DCM


PRN Sarawak dah lama berlalu. Namun ada pula wakil BN kita yang masing dan sedang berkempen.

Selain pembangkang, parti komponen dari Parti Barisan Nasional juga tidak mahu ketinggalan membuat kontrovesi.  Sebelum ini PRS dikatakan parti FAVOURITE selepas SPDP selepas kemenangan yang tidak diduga oleh wakil PRS dalm PRN Sarawak.

Namun selepas kemenangan itu membuatkan Abang James kita seperti mendebik dada mengatakan beliau adalah favourite one.  Di kedai kedai kopi sampailah direban ayam sekarang ini banyak berbual mengenai lawatan terkini Abang James ke rumah rumah panjang.  Lawatan yang dimaksudkan dilakukan Abg James kita untuk berkempen di semua rumah panjang bagi berkempen dengan Tuai Rumah bagi meminta tandatangan semua Tuai Rumah di Sarawak bagi menyokong bahawa Abang James kita adalah The Favourite One.

Tidak cukup dengan itu, tujuan sebenar Abang James adalah untuk menunjukkan kepada Pehin Sri bahawa beliau lebih layak memegang jawatan DCM. Wah Wah Wah Abang James…….kalau orang dah suka tak perlu kempen.  Kalau Favourite One tak perlu minta tandatangan Tuai Rumah minta support dan tunjuk kepada Pehin Sri that your the rite person. Kalau CM dah berkenan, kalau dah Favourite One, no need to worry…..Is Yours. Ni macam dah macam kes Gadafi. Sudah sudahlah tu

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Taktik Rahsia DAP Menyerang SUPP


Dalam suratkahbar hari ini hampir setiap muka surat tertulis cerita mengenai SUPP. Namun memang tidak boleh dinafikan lagi lagi SUPP kali ini memnag KALAH TERSUNGKUR lebih lebih lagi bila Presidennya kalah dengan majoriti 1590 undi.  Tapi sedarkah ANDA beberpa kawasan SUPP yang sebelum ini dikira sebagai kubu akhirnya telah TERKUBUR dengan serangan roket DAP.

Di Sri Aman ataupun Simanggang di sesetengah kawasan sebelum ini terdapat  636 pengundi SUPP namun dalam PRN 2011 ini hanya terdapat 186 pengundi SUPP mana pergi yang selebihnya. Manakala di N13 pula, juga kawasan SUPP, terdapat di satu bahagian (rahsia) dahulunya 698 pengundi SUPP. Tetapi dalam PRN kali ini hanya 66 pengundi SUPP(ENAM PULUH ENAM / LAK LAK / LIU SHE LIU). Mungkin pihak SUPP kali ini juga harus memperjuangkan hak kaum yang lain dan BUKA MATA atas aduan rakyat di tempat ANDA. Atau dalam kata lain sudah tiba masanya untuk menerima bantuan atau Raise Your Hand and say….”Yes I need help”or otherwise ” Yes We Close Shop”.

Terdapat juga desas desus mengatakan SPDP akan merge together with PRS…  SPDP + PRS = SPRS hmmm possible. Well, we just wait and see liaw.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

RADIO FREE SARAWAK HERO


http://thebenchmark0.blogspot.com/2011/04/peter-john-jamban.html

Posted in Uncategorized | Leave a comment